Saturday, March 14, 2009

malam-malam ku

Malam-malamku bagai malam seribu bintang

Yang terbentang di angkasa bila kau disini

'Tuk sekedar menemani,'tuk melintasi wangi

Yang s'lalu tersaji di satu sisi hati..'''

rangkap di atas tersebut adalah sebahagian lirik lagu Dewa - Roman Picisan..
cakap mengenai kumpulan ini..sebenarnya aku sangat meminati kumpulan ini..bukannya aku tidak sokong industri tempatan cuma kumpulan ini seperti melahirkan lagu-lagu yang kreatif dan idea yang bernas dan takjub. alunan muzik dan suara vokalis kumpulan ini iaitu Once amat merdu dan lunak sekali. ia sangat menepati dengan konsep Dewa iaitu balada rock kontemporari. betul atau salah aku pun tidak mengetahui tetapi sesiapa diluar sana nescaya amat meminati kumpulan dari indonesia ini.

mengapa aku malam ini..aku bukan hendak tulis blog mengenai kumpulan dewa..aduhai..kepala aku sudah pening agaknya..pun begitu akan aku teruskan perjuangan penulis blog ini...aku lah itu...malam minggu yang amat bosan..seperti biasa...hendak lakukan kerja pun tiada keinginan..mungkin kerana terlalu letih dengan kerja-kerja yang berlambak..yang entah mahu disiapkan dan dihabiskan..disini aku ingin ceritakan peristiwa hari ini..sebenarnya..kawan aku hana vermillion ada ajak aku dan kawan-kawan aku pergi ke pulau pinang pada hari sabtu 14/3/09..ini kerana terdapat gigs di pulau pinang..kumpulan hana ada melakukan persembahan..sebenarnya..aku berfikir pada banyak cabang dan akar...memikirkan pasal kewangan..kerja yang belambak..bukan aku hendak cerita atau apa-apa...cuma aku tidak berapa masuk sangat gig ini walaupun aku layan lagu gig...aduhai..aku berasa bersalah juga kepada kawan aku itu..hana..tidak dapat melihat beliau melakukan persembahan..kepada sobri pon aku rasa bersalah..sebelum itu lagi dia sudah ajak aku banyak kali..cuma aku tidak kata putus dua..kasihan pada sobri..lupa aku hendak bercakap di sini..hana main gitar..main rythm kalau aku tidak silap..boleh tahan hana main..budak-budak ini bercakap lah..aku cuma dengar sipi-sipi sahaja..masalah nya..aku sedang membuat belanjawan masa minggu-minggu akan datang..aku bukan cuma memikirkan pasal pergi pulau pinang ini...aku cuma tidak cakap perkara sebenar kepada sobri..apit..hana..tj...kamu semua bergembiralah di sana..bukannya kita tidak boleh bergembira lagi..lagipun cuti semester tidak lama lagi..sudah cuti nanti..boleh lah kita hendak bersukaria ok kawan-kawan..hendak pergi mana-mana pun boleh..aku tidak ada sebab kecuali yang munasabah lah...tidak akan munasarawak pula..huhu :(
sekian setakat ini sahaja aku menulis...bukan hendak berhenti lah..hendak rehat sekejap..
banyak aku tulis..sakit jari lah...mengapa tidak faham..jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment